Pages

Saturday, October 20, 2012

Malaysia Ku Yang Tercinta


Hasil kajian tentang kesantunan courtesy oleh majalah Reader Digest di kota-kota utama seluruh dunia baru-baru ini, Kuala Lumpur mencatat ranking tercorot iaitu ke 34 daripada ranking 36 kota-kota lain. Bukan sesuatu yang memeranjatkan lantaran hasil kajian ini bukan yang pertama kali meletakkan negara ini dalam ranking bawah. Beberapa tahun sebelum ini keputusan yang sama turut dicatat malahan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia. 


Kita sering berbangga dengan nilai ketimuran dan budaya bersopan santun yang kita dimiliki. Budaya itu sepatutnya terus diwarisi dari nenek moyang terdahulu. Entah di mana silapnya apabila budaya itu telah luntur ditelan zaman. Budaya yang menjadi kebanggaan itu telah tidak lagi diwarisi malah pergi bersama generasi terdahulu. Tidak perlu menuding jari menyalakan mana-mana pihak kerana itu hanya perbuatan sia-sia. Pasti "sesuatu" perlu dilakukan agar generasi ini moralnya terpelihara dan santunnya terjaga.

Dasar Pendidikan Negara telah jelas menyebut bahawa elemen JERIS itu amat penting dalam proses melahirkan modal insan. Bagaimanapun sejauhmana implementasinya mungkin perlu dilihat dan dikaji semula. Apabila kita ingin melahirkan modal insan sebagaimana yang diaspirasikan oleh negara biarlah "modal" itu bukannya berpaksikan "ekonomi" atau istilah lain "aset" yang membawa keuntungan semata-mata. Sekiranya hanya sekadar "aset" yang kita inginkan maka lahirlah generasi berilmu tetapi kosong jiwa dan miskin pekertinya. Kata lain intelek didahulukan semantara emosi dan sosial terabai 

Sepekara lagi yang menjadi "duri dalam daging" dan sewajarnya telah lama disedari oleh pihak-pihak yang tertentu ialah kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) yang semakin bermaharajarela di bumi kita ini. Mereka datang dengan budaya dan kebiasaan asal yang akhirnya disangka budaya tempatan apabila akhirnya mereka berkembang biak di sini. 

Banyak persoalan yang dapat dikupas dan dikaitkan dengan isu ini namun "fakta" menduduki tangga antara yang tercorot tentunya tidak mengembirakan.

Kebetulan entry sebelum ini amat berkait rapat dengan isu ini. Entry: Baikkah Sikap Kita?

Sekadar pendapat.


p/s: Entri yang lama terjeruk dlm draf...huhuhu.



1 comment:

Anonymous said...

Lambakan pendatang asing juga antara satu sebab kenapa negara malaysia di rangking yg tercorot ;0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...