Pages

Monday, December 5, 2011

Randy Pangalila: Biar Mimpi Sampai Ke Bintang


Tiba-tiba Randy Pangalila menjelma dalam entri kali ini, spontan muka cute dia ni muncul bila seminggu melepas menonton Senetron Nada Cinta. Ikutkan jalan cerita senetron ini tidaklah terlalu hebat tetapi kali ini ada kelainan daripada yang mereka biasa sajikan makanya membuatkan aku terperdaya jua akhirnya. 




Sebenarnya tidak tahu mahu memulai entri kali ini dengan ayat apa, setelah bercuti sekejap. Bagaimanapun memandangkan blog ini blog peribadi maka apa jua yang terlintas di minda dan ingin ditulis, maka itulah yang bakal muncul dalam setiap entri. Makanya kadang tentang artis, sukan, makanan, tips, pengalaman dan macam-macam ala-ala rojak pun ada. Apapun yang paling penting semua tulisan merupakan idea mutlak sendiri dan bukan copy cat.


Berbalik pada Randy Pangalila, seorang aktor ganteng dari negara seberang ini bakal muncul di kaca tv melalui saluran Astro Ria pada 22 Disember 2011 ini melalui telemovie Malaysia yang berjudul Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. Telemovie ini mengandingkan beliau dengan pelakon muda Malaysia Nurul Elfira Loy. Genre cerita ini ialah romantik komedi dan diharap mempunyai jalan cerita yang menarik dan tidak menghampakan.


p/s: Tidak sabar menanti kemunculan Randy Pangalila dalam telemovie jenama Malaysia ini. Selain itu, ada cerita menarik juga tentang percutian 6 hari Hong Kong - Shenzen kali ini kerana kami bertemu jiran tetangga Randy Pangalila orang Surabaya di sana.....dalam entri akan datang.

Entri berkaitan:  Randy Pangalila Tidak Menghampakan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...