Pages

Sunday, September 18, 2011

Baikkah sikap kita?


Errmmm...tengok gambar ni....apa yang anda nampak? bukannya gambar iklan wanita jelita belakang tu... tapi kerusi yang dijadikan tempat meletak beg oleh sesetengah manusia yang tidak prihatin dan bla..bla..bla..tu malas mau membuat persepsi tapi nilaikan saja sendiri....




Pelik juga, kata negara kita ni mempunyai nilai-nilai positif budaya timur yang konon dibangga-banggakan tu...sementara budaya barat pula dikatakan perosak @ penjaja budaya kita yang baik, yang cantik, yang molek dan bla..bla..tu. Hakikatnya tidak begitu, meskipun mana-mana tempat masing-masing punya kelemahan dan kelebihan namun tak perlu mengata budaya lain ialah perosak jika sikap segelintir masyarakat kita ni pun T_u_T. Malah budaya masyarakat barat yang dikeji tu sebenarnya jauh lebih baik...seorang teman pernah menceritakan pengalamannya ke Eropah beberapa tahun yang lepas, katanya semasa dia bersiar-siar di taman, dia melihat seorang tua yang membawa seekor anjing bersiar-siar memungut sesuatu menggunakan plastik di atas tahan. Apabila betul-betul diamati rupanya orang tua tadi memungut najis anjing yang dibawanya. Huh! sampai begitu sekali mereka prihatin terhadap kebersihan di tempat awam.  


Berbalik kepada sikap di atas, situasi ini banyak dilihat di mana-mana... di stesen bas, lapangan terbang, hospital, klinik, bank ataupun di pejabat-pejabat jika berurusan. Kasihan pada orang lain terpaksa berdiri gara-gara sikap orang yang seperti ini. Perlukah kerusi awam di tulis peringatan...."UNTUK TEMPAT DUDUK MANUSIA SAHAJA". Siap tulisan kaler merah macam ni....


p/s: yg pakai baju kaler purple tu my beloved sister....sian dia tidak dapat duduk gara2 sebaris kerusi belakang tu penuh dengan beg manusia-manusia yg tut...


2 comments:

Eyqa Zaque said...

ya bha. cubalah bagi peluang org yang berdiri duduk. ne pentingkan diri sendiri jak. aigoo.

d.angel said...

Cahya Qasehnya: e2lah ba pelbagai ragam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...