Sunday, June 26, 2011

The Tip Of Borneo - Sempang Mengayau Kudat Sabah


Memenuhi janji pada entri lepas, inilah Sempang Mengayau yang sempat dijejaki.....




Sempang Mengayau atau lebih dikenali dengan omputehnya Tip Of Borneo terletak di titik penghunjung Pulau Borneo di sebelah Utara. Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia selepas Greenland dan New Guinea. (belajar geografi sikit ya....jangan muntah darah..kay..) Perjalanan dari bandar Kota Kinabalu atau dari Kinabalu International Airport (KKIA) hanya mengambil masa lebih kurang 3 jam. Uniknya Tip Of Borneo ialah kedudukannya yang terletak di pertembungan Laut China Selatan dan Laut Sulu. 


Ole-ole untuk anda hanya gambar-gambar yang sanggup diupload dalam blog ini, yang pastinya sudah membawa seribu penceritaan. Bagaimanapun, gambar-gambar ini hanyalah diambil menggunakan kamera biasa dan kamera hp. 



Tanpa kecangihan kamera DSLR ini sajalah hasilnya. 




Chalet ini menghadap ke Laut China Selatan

tapak perkhemahan juga disediakan di sini.

kulit kerang dijual di tepi-tepi jalan

kanak-kanak riang yang tidak sabar-sabar berlumba dengan tukang tangkap gambar.....^_^

PANAS!!! memang panas, tak tipu punya....pasal tu jualan pakcik aiskrim ni laris!

laut yang biru...sebiru-birunya....cantik dan secantik-cantiknya.....

view dari atas restoran

Rumah api di Pulau Kalampunian? aku tak pasti....yang penting view ini boleh dinikmati sambil minum kopi di pelantar restoran


2 orang hero yang berangan mandi laut.....(sebelah tu my mum... sabar ja la layan 2 org ni)

Memandangkan cuaca panas lebih baik habiskan masa di pelantar restoran untuk menunggu matahari terbenam. Sekitar jam 6.00 petang matahari hampir melabuhkan tirainya dan banyak pemandangan menarik boleh dirakamkan.













terasa seperti di atas kapal laut...

Sebelum

Selepas


dan akhir sekali.......................gambar ni....



mercu tanda Sempang Mengayau seperti bulan gerhana penuh di balik sinar matahari senja


Meskipun matahari panas membara, kunjungan ke Sempang Mengayau di daerah Kudat ini tidak sia-sia. Pantainya memang indah dan cantik. Udara yang nyaman dan jauh dari pencemaran pastinya sesuai untuk tempat merehatkan minda. 


Gara-gara panas yang membara, tangan dan muka pun jadi pedih... gerenti besok jadi 10 budak hitam.


 Fakta penting:

  • Tiada bayaran masuk dikenakan.
  • Rumah penginapan memang banyak.
  • Makanan dan minuman agak mahal sedikit berbanding di luar.
  • Bawalah sun block jika tidak mahu jadi 10 budak hitam.

Sebelum tu klik dulu iklan di bawah ni yaaa..............Tq 














10 comments:

Izwan dE Omen said...

cantekkan pemandangan simpang mengayau masa petang..teringat masa kecik2 selalu pg situ main pasir dkt 2 pantai kelambu....pair dia putih mcm susu..masa dulu belum faymous jalan pn belum bertar lg...n then masa pg sana mesti pg dkt gua yg di bawa yg skgnya x boleh masuk 2 hahahaha..

al-lavendari said...

cantiknya gambar yang ditunjukkan w/pun tak guna kamera canggih.

saya belum pernah sampai lagi ke sana. hajat tu ada, tapi tak taulah bila boleh sampai.

terima kasih kerana singgah dan beri komen di blog saya.

Dorris Angel said...

Izwan dE Omen: ya mmg cantik, terpegun tengok air laut dia x pernah nmpk secantik ini. Pantai kelambu..slalu dgr tu tmpt, dgr2 kwsn tu mat salleh da beli buat resort. psl tu bnyk tmpt dilarang masuk! dgr2 lah...x tau btul?


al-lavenderi: trima kasih juga. selamat datang ke blog saya.

Fadzmie Mohamad said...

Selamat datang ke tempat saya! Hahaha.

Dorris Angel said...

Fadzmie Mohamad: ow bertuahnya banyak dapat oksigen tu.... :) tp bila duk bandar karbon dioksida lbh bnyk...hehehe.

Fadzmie Mohamad said...

Itu la bah masalahnya. Mau kena jaga betul-betul tempat macam ni di Sabah. Biar di bandar maju, jangan kacau tempat-tempat bersih macam ni. At least, ada juga tempat orang kita mau lari dari 'pokok-pokok simen' di bandar. Kan? :)

Dorris Angel said...

Fadzmie Mohamad: iya setuju. Lg dpt jg didik anak-anak mencintai alam s/jd. xlah mncintai "video game" ja.

josrevalution said...

hi..tq sbb folo my blog..wau..dulu slalu p smpang mngagayau..hehe..skg dah lma x p..pasti bnyak perubahan d snakan....cara buat 3 colum pada footer template blog

Dorris Angel said...

josrevalution: tq jg. blog awk bnyk info bguna..

Izwan dE Omen said...

hahahahaa..yup aq dgr juga cerita 2..masa dulu2 tyme aq kecik2 lg tempat ni mana lh famous....org yg tau tempat ni pn cuma org2 kudat jak....coz dulu asal famili picnic bukan di pantai bak2 tp pantai kelambu lh tempat best..bersih hahha.....lama uda aq x jenguk sana..paling last aq jenguk pn masa 2005..smpai skg xda uda.juz lalu simpang masuk jak hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...