Wednesday, June 8, 2011

Kisah Menarik Sung Bong Choi - Korea's Got Talent



Superb!! tapi sedih tahap gaban... 

Sung Bong Choi, 22 tahun yang menghadiri uji bakat untuk rancangan Korea's Got Talent telah menyebabkan ribuan orang yang menonton persembahannya mengalirkan air mata....(termasuklah aku... mata masuk habuk..huhuhu..)

Biarpun mempunyai pengalaman hidup yang sangat pahit, seawal usia 3 tahun dia tinggal di rumah anak-anak yatim dan melarikan diri setelah berumur 5 tahun kerana dipukul. Choi meneruskan hidup sendirian tanpa rumah untuk berteduh. Biarpun menjadi anak jalanan dengan menyara hidup sendiri Choi tetap mementingkan pelajaran hingga mampu ke Sekolah Tinggi. Kecekalan dan semangat ini perlu menjadi tauladan kepada semua.....terutamanya kepada wahai anak-anak didik yang mendapat pendidikan secara percuma! dan dilimpahi kasih sayang ibu bapa.

Memetik kata-katanya "I'm not a good singer, but I just like it." 
 
Saksikan sendiri cerita kehidupannya yang memberi inspirasi dan dengarkan alunan nyanyiannya yang menyentuh jiwa...(biarpun tidak faham). Lagu ini berjudul "Nella Fantasia" oleh Gabriel’s Oboe dari filem "The Mission".








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...