Tuesday, June 28, 2011

Cermin Mata Vs Contact Lens? & Tips manjakan mata








Mata...salah satu anugerah deria yang tidak ternilai. Aku mungkin kurang beruntung kerana sejak kecil mengalami masalah pengelihatan. Seingat aku, masalah tersebut sejak aku berumur dalam lingkungan 9 tahun. Hanya kurang beruntung bukan bermakna aku tidak bersyukur, tentunya aku sangat bersyukur masih dianugerahkan dengan penglihatan meskipun terpaksa menggunakan cermin mata. 


Sepasang mata yang sangat cantik.

Ramai orang risau menggunakan cermin mata, tapi bagi aku cermin mata merupakan ciptaan sains yang amat bernilai dan berjasa. Bayangkan sejak kanak-kanak, aku tidak dapat melihat dengan jelas sehingga menjejaskan pelajaran. Kadang aku terpaksa menjeling kerja rakan di sebelah, bukan niat meniru tetapi mata tidak mengizinkan aku menyalin apa yang ada di papan tulis. Mujurlah guru bahasa inggeris aku ketika itu menyedari hal ini dan memberitahu kepada ibu masalah yang aku hadapi. 


Aiman tak kisah....jika pakai cermin mata itu memburukkan wajah yang tak seberapa ni. Sesungguhnya kita semua ciptaan yang maha kuasa, jika ada yang menghina ibarat dia telah menghina Penciptanya. (ha kau! kata-kata.....)

contact lens, siapa yang tidak pernah teringin memakainya...meriah dengan pelbagai warna,
boleh pilih yang sedondon dengan colour baju lagi.


Pernah aku teringin menggunakan contact lens gara-gara aktiviti aku selalu tersekat bila memakai cermin mata. Pernah satu ketika semasa zaman persekolahan kanta cermin mata aku terpelanting dan terpijak oleh kawan semasa bermain bola jaring. Sejak itu aku agak fobia untuk aktif dalam sebarang sukan. 


Bagaimanapun apabila dewasa, apa jua keinginan pasti lebih mudah ditunaikan dengan wang sendiri. Akhirnya, akupun kabulkan niat untuk memakai contact lens. Sebulan mencuba, aku masih janggal, Pada satu malam, aku memandu dari bandar untuk balik ke rumah, ketika itu hujan renyai-renyai. Entah macam mana mata aku terasa gatal dan tangan aku mulalah mengosok-gosok mata (biarpun secara perlahan sahaja) tetapi contact lens aku merayau ke tempat lain, bayangkan dalam keadaan jalanraya yang agak gelap dan hujan pula aku terpaksa menutup sebelah mata dan memandu dengan sebelah mata lagi sehingga sampai ke rumah.


Lucu pun lucu juga, seksa pun seksa juga, bahaya usah dikata, memanglah bahaya.


Akhirnya....aku pilih yang mudah, selesa dan paling penting tidak akan merayau ke mana-mana saat aku perlukannya. Apapun, pilihan perlulah berdasarkan keselasaan dan keselasaan bagi setiap individu itu berbeza.


Bagi menghargai mata yang banyak berjasa kepada kita, di sini dikongsikan tips penjagaan yang ringkas dan mudah. Semestinya selepas menghadap komputer mata kita perlukan rehat dan perlu dimanjakan gitu......


  • Tekapkan mata dengan tuala sejuk secara berulang. Cara ini dapat melegakan kegatalan mata . (macam yang aku alami..hehehe)
  • Tekapkan potongan timun, strawberry atau kentang pada mata dan biarkan dalam 15-20 minit.
  • Tea uncang yang sejuk boleh mengurangkan ketegangan mata terutama selepas lama berada di bawah terik matahari.
  • Rendam kapas pada susu sejuk atau air bunga ros (rendam semalaman bunga ros) dan letakkan pada mata yang letih.

Tips terakhir yang tertinggal ialah yang ni.............


benda alah ni dibeli dengan harga RM5 sahaja

Pengunaannya amat mudah, simpan dalam peti sejuk (ruang beku) selama mana anda suka kerana gel di dalamnya tidak akan membeku. Apabila diperlukan, keluarkan sahaja dari peti sejuk kemudian tampal.........mudahkan.


Tips ini diambil hasil daripada pembacaan dan sebahagiannya telah diuji bukan ke atas tikus putih...ya.

6 comments:

Nia Kmj said...

done following u! :D :D :D
visit me if u like :)

mencarinuryangesa.blogspot.com

anyway.... tips sal mata niey sgt berguna :D

Dorris Angel said...

Nia Kmj: tq....baru selesai mengunjungi blog awk..cute dgn kaler pink. :)

Fadzmie Mohamad said...

Sama la kita ni, geng 'bermata empat'.
Hehe.

Tapi kan, saya punya mata ni nda tau kenapa, nda boleh langsung pakai contact lens. Kalau pakai ja, mesti gatal-gatal, walaupun paling careful sudah saya punya cara. :(

# rabu tanpa kata #5 #

Dorris Angel said...

Fadzmie Mohamad: nah itula nda dpt la melaram gan mata coklat, biru, kelabu atau hijau mcm hulk...hehe.

Cinoi Lavigne said...

Saya klu tournament netball dkt U mmg prefer pki lense sbb lg mudah. Since spek saya rosak sbb saya kasi duduk, trus biasa pakai lense. bgn, mandi, trus pakai lense. mlm b4 tdur baru buka. kdg2 mandi petang pun dipakai jak tu lense.

Saya malam2 pakai gel dr body shop, eye gel.

Dorris Angel said...

Cinoi Lavigne: heheh..ya bgus tu sy pun suka eye gel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...